VENUE : PADANG MAJLIS PERBANDARAN NILAI
TARIKH : 28/06/2008
KEPUTUSAN : DUMEX FC 3
JFC 3
Bandar Baru Nilai, 28/6/08,
Tatkala semua orang heboh memperkatakan mengenai kenaikan harga petrol yang mendadak yang menjuruskan cara hidup berjimat cermat, namun ianya bukan alasan bagi skuad dan warga JFC mengharungi perjalanan sejauh lebih 100 km merentasi sempadan negeri Selangor - Negeri Sembilan untuk sampai ke Bandar Baru Nilai.
Nilai, sebuah bandar sederhana dalam daerah Negeri Sembilan yang mana merupakan sebuah bandar yang dikenali ramai sebagai syurga membeli belah di Pantai Barat Semenanjung Malaysia. Disinilah bakal menyaksikan kehebatan dan permainan bolasepak sebenar bakal dipersembahkan oleh skuad JFC.
Seperti biasa, tahap disiplin dan komitmen unggul pemain2 JFC terserlah lagi dengan hampir semua pemain bersama keluarga masing2 dan pegawai2 sampai ke venue perlawanan seawal jam 5 petang.
Syabas dan tahniah diucapkan kepada Pemangku Presiden JFC saudara Izaidi, Pengurus dihormati Sdr Wayie yang sekali lagi bertungkus lumus mengatur siri perlawanan persahabatan dengan objektif untuk merapatkan lagi silaturahhim antara warga JFC dengan pihak luar mahupun antara pemain dan warga JFC sendiri.
Kehadiran Penasihat JFC, Saudara Mohd Yusof kali ini memberi semangat kepada skuad JFC yang bakal memberikan persembahan mantap dan terbaik. Sekalung tahniah kepada beliau yang sudi meluangkan masa hadir walaupun sibuk dengan urusan perniagaan untuk memberikan semangat waluapun hanya berada di luar padang. Bekas pemain tengah hebat pernah Joh lahirkan ini khabarnya sudah tidak sedia untuk bermain lagi dek faktor usia dan komitmen lain. Namun, JFC amat memerlukan sokongan moral dan kerjasama lain dari beliau. Sumbangan t-shirt berjenama adidas sebagai pakaian rasmi 'training session' membuktikan beliau begitu sayangkan skuad JFC.
Permainan dimulakan tepat jam 5:30 ptg dengan pasukan tuan rumah Dumex fc memulakan sepak mula. Permainan pada mulanya berlangsung agak hambar dengan bola banyak berlegar-legar di tengah padang. Memasuki minit ke-15, barulah permainan menjadi sedikit rancak dimana skuad JFC banyak menguasai bahagian tengah yang diterajui oleh Limi dan Bob. JFC kerapkali melakukan asakan ke kubu Dumex dengan sesekali Dumex Fc membuat serangan balas namun berjaya dipatahkan oleh Abe A. Mat Roji menjadi tumpuan dimana hantaran bola banyak dituju kepada beliau yang beraksi baik di sebelah sayap kanan dan disokong oleh Mamat. Larian pantas mengelirukan dari Roji membawa masuk bola ke dalan kawasan penalti namun ketumpulan jentera serangan menyebabkan peluang yang terhidang rugi begitu sahaja. Hanya pada min ke-26, JFC hampir mendapat gol pendahuluan apabila Safura yang mendapat hantaran dari tengah berjaya mengelecek 2 pemain Dumex namun percubaan leretnya sempat ditepis keluar oleh penjaga gol Dumex. Begitu juga dengan percubaan Limi dari jarak 35 meter mudah didakap kemas oleh penjaga gol Dumex fc. Selang beberapa minit kemudian, berpunca dari gerakan satu dua Safura dan Roji, Safura membawa masuk bola ke dalam kotak penalti, melorongkan ke bahagian tengah, namun Botox sedikit terlambat untuk menyudahkannnya. Bermula dari sinilah Dumex fc mula mencipta beberapa gerakan2 merbahaya ke kubu JFC. Abe A (Bukan nama sebenar) yang beraksi sebangai last man diasak hebat.Mamat dan Jimie diasak dari gerakan kiri dan kanan Dumex dimana hampir keseluruhan jentera tengah dikuasai Dumex. Hasilnya, berpunca dari kawalan tengah yang longgar, pemain tengah Dumex berjersi no.7, melakuakan satu rembatan dari jarak 35 meter, menerjah dipenjuru kanan gol JFC tanpa Bujal sempat berbuat apa-apa. Gol tersebut ternyata memberi tekanan kepada JFC dan dapat disaksikan pengurus (Wayie) sering memberi berteriak dari luar padang memberi arahan tektikal. Tampak sedikit emosional pengurus kita kali ini. Ada masalah peribadi barangkali (Khabarnya ada krisis serius dengan awek, saya akan siasat perkara sebenar). Pokha bermain di bahagian tengah bertukar posisi dengan Bob. Ianya menampakan sedikit kelainan dimana gol yang dicari berjaya dihasilkan melalui gerakan solo Safura yang berjaya melepasi perangkap off-side terus merembat deras menewaskan penjaga gol Dumex.
Separuh masa pertama permainan tamat dengan keputusan 1-1.
Memasuki separuh masa kedua, JFC membuat 3 pertukaran dengan memasukkan Kojax, Mat Yie dan Nuri. Mani, Limi dan Mamat direhatkan. Perubahan posisi dan taktikal dilakukan terutama di bahagian tengah dan serangan. Dumex fc juga dilihat sering membuat pertukaran pemain. Sekali lagi bahagian tengah dijana baik oleh Dumex Fc dengan serangan-serangan berbahaya kerapkali mengancam kubu JFC. Pemain sayap mereka dilihat mudah melepasi kawalan Kojax dan sering membuat hantaran lintang ke kawasan gol JFC. Kojax yang masih belum cergas sepenuhnya diasak hebat oleh pemain sayap Dumex. Pada minit ke 52, hasil dari asakan dari bahagian kanan, lorongan bola dari pemain sayap Dumex disudahkan dengan dengan satu rembetan deras menewaskan Bujal. Namun pemain JFC tidak berputus asa dan seringkali melakukan serangan balas melalui gandingan Nuri dan Safura. Memasuki minit ke 60 berpunca dari hantaran Roji, Safura membawa masuk bola kekubu Dumex namun dibentes keras di hadapan kotak penalti. Sedikit kontervesi berlaku pabila penjaga garisan dan pengadil tidak memberikan penalti dan keputusan pengadil mengalihkan bola jauh dari kawasan sebenarnya cukup menjadi tanda tanya. Safura yang memprotes tindakan pengadil itu lantas diberikan amaran lisan. Sepakan percuma diambil Safura hanya menerjah luar jaring Dumex FC. Selepas itu JFc dan Dumex sering bebalas serangan. Roji sekali lagi bertindak baik dengan larian pantasnya sukar dihalang oleh pertahanan Dumex. Berpunca dari lorongan Nuri, Roji melarikan bola masuk ke kawasan penalti dan terus melakukan satu rembetan deras namun penjaga gol Dumex sempat melayangkan badan menepis bola keluar. Dan insiden yang berlaku selepas itu apabila Roji yang membuat larian solo disebelah kanan dibentes keras oleh 2 pemain Dumex termasuk penjaga gol mereka yang tidak semen-mena naik keatas untuk melakukan satu tackel yang keras keatas Roji. Sekali lagi keputusan kontervesi dr pengadil yang hanya melayangkan kad kuning kpd penjaga gol sedangkan saya berpendapat kad merah adalah paling layak untuk tindakan seperti itu. Roji yang kesakitan dipapah keluar. Sikap profesionalisme yang ditunjukkan oleh pemain JFc amat terserlah dengan tidak banyak memprotes keputusan pengadil yang jelas berat sebelah. Kesakitan yang dialami Roji dan moral pemain JFc yang agak down dek kecederaan Roji sedikit terubat apabila sepakan percuma dari jarak 35 meter dari Safura menerjah masuk sama sekali menewaskan penjaga gol dumex yang bertindak melayang badan dan hanya berjaya menepis angin. Gol Safura ini adalah antara gol tercantik pernah JFc cipta. Kedudukan terikat 2-2. Dumex cuba mengasak untuk mendapatkan gol pendahuluan dan usaha mereka berhasil di minit ke 82 apabila hantaran lintang dari pemain sayap mereka gagal ditangkap kemas oleh Bujal lantas dikuis masuk oleh pemain penyerang gantian mereka yang baru masuk dan tidak sampai seminit berada di dlm padang.Satu kesilapan yang tidak sepatutnya dilakukan Bujal dengan kredibiliti unggul beliau sebagai benteng terakhir JFC pilihan utama ketika ini. Ketika permainan memasuki minit2 akhir muncul Safura menjadi penyelamat maruah JFc apabila larian solonya kedlm kawasan gol dan terus melakukan satu rembatan leret deras menewaskan penjaga gol Dumex walaupun dia sebenarnya diasak hebat oleh 2 pertahanan lawan. Hatrik bagi Safura, gol penyamaan bagi JFC. Gol tersebut nyata melegakan pengurusan dan pemain JFC. Sekurang-kurangnya seri dibawa pulang, maruah masih dibela dan mengekalkan rekod tanpa kalah sejak 18 perlawanan yang telah dilalui setakat ini.
Permainan ditamatkan dengan keputusan muktamad 3 -3 .
Senarai pemain JFC :
Bujal, AbeA, Pokha, Mamat (Kojax),Jimie,Bob,Limi(Nuri),Roji,Mani(Mat Yie),Safura(c) ,Botox.
Penilaian Mata:
1) Bujal (7) Bermain baik namun melakukan kesilapan mudah, bola terlepas dari tangan
2) Abe A (7.5) Bekerja keras menahan serangan Dumex, tapi kurang bersuara
3) Pokha (7.5) Beraksi baik seperti biasa
4) Jimi (7) Beraksi baik dan larian pantas
5) Mamat (7.5) Aksi terbaik beliau setakat ini, dengan kawalan ketat menyukarkan pemain penyerang Dumex.
6)Limi (7.5) Beraksi baik dengan hantaran2 tepat
7) Bob (7) Beraksi baik namun kelihatan bersahaja mungkin kepenatan
8) Mani (7) Mula menemui permainan sebenar beliau.
9) Botox (7.5) Bijak mengawal bola dan begitu bersungguh walaupun berstatus import
10) Roji (8) Tidak dapat dinafikan lagi kehebatan beliau
11) Safura (10) Marvellous!!!!!!!
12) Mat Yie (7) Sama seperti penilaian Botox
13) Nuyi (7) beraksi baik
14) Kojax (7) Baraksi baik, cuma stamina masih lagi menjadi masalah utama baginya.Jika lebih stamina, saya percaya,banyak lagi yang mampu disumbangkannya.
Man Of The Match was Safurazuraidi a.k.a Puyah
Ulasan Tambahan :
- Persembahan luar biasa dr Kapten JFc iaitu Saudara Safurazuraidi a.k.a Puyah. Pengalaman beliau beraksi dengan pelbagai team dan pernah memasuki kancah Liga KL dan sebagainya membuktikan bahawa beliau adalah pemain terhebat pernah JFC lahirkan. Pengalaman dan kudrat beliau amat diperlukan skuad JFC untuk perlawanan seterusnya.
- Sekalung pujian kepada Mat Roji. Sebelum perlawanan dimulakan dia ada memberitahu saya bahawa dia agak kepenatan utk beraksi setelah seharian bekerja. Namun semangat juang yg ditunjukkan dgn tidak mengendahkan kepenatan, beliau beraksi dengan amat baik seolah tiada kepenatan yang dipikul. Sehinggalah kekerasan yang dikenakan terhadapnya menamatkan sisa-sisa perjuangannya. Syabas dan tahniah kepada Mat Roji. Kami dokan agar kecederaan yang anda alami cepat sembuh.
- Semua pemain beraksi baik dengan baik dan bersemangat. Sebagai contoh Mamat, Kojax dan Mani yang hampir menemui rentak permainan sebenar setalah selama ini bergelut dengan masalah kecederaan dan stamina.
- Perlawanan seterusnya bakal menyaksikan mutu permainan terhebat dari skuad JFC. Tunggu ulasan saya untuk perlawanan akan datang.
- Ketiadaan perancang utama Iwar yang telah menandatangai kontrak bersama Penjara FC menampakkan sedikit kelonggaran di bahagian tengah. Begitu juga dengan ketiadaan arkitek kreatif di bhg tengah, Mahadi Harun yang tidak dapat beraksi kerana berada di kampung halaman.
- Penyerang veteran prolifik CHE DIN juga tidak beraksi. Bayangkan jika beliau ada, gandingannya dengan Safura saya jangka akan merobek gawang Dumex dengan jaringan yang lebih besar.
1 comment:
ulasan bertaraf pengulas sukan profesional. bravo!!
Post a Comment