Thursday, July 17, 2008

Rangkuman Perlawanan Di Antara JOH FC vs INTAN (Part 1)

REKOD BERSIH DARI KEKALAHAN AKHIRNYA LEBUR

Rekod 18 perlawanan tanpa kalah yang dipegang JOH FC sejak 2006 akhirnya lebur pada sabtu lalu (12/07/08) selepas JOH FC tewas 2-4 kepada INTAN FC dalam perlawanan yang berlangsung di gelanggang tuan rumah, Stadium INTAN, Bukit Kiara (kawasan orang2 kaya).

Perlawanan yang sepatutnya menjadi medan (bukan Medan MARA) terbaik untuk JOH FC meneruskan kecemerlangan mereka seperti yang telah dipamerkan dalam perlawanan-perlawanan sebelum ini bertukar menjadi sesuatu yang ingin dilupakan dengan segera oleh semua anggota skuad JOH FC termasuk pihak pengurusan, jurulatih, para pemain, tukang urut dan juga tukang pembancuh minuman.

Bayangan awal sesuatu yang tidak menggembirakan bakal berlaku telah kelihatan sejak dari awal. Perjalanan ke venue perlawanan yang sepatutnya hanya mengambil masa sekitar 45 minit perjalanan dari Nilai (rumah Limi dan Pok Ha) dan 30 minit dari tempat tinggal pemain2 yang menetap di sekitar Kuala Lumpur menjadi sebaliknya akibat kesesakan lalulintas yang teruk di semua pintu masuk ke Kuala Lumpur selepas pihak polis mengadakan sekatan jalan raya secara menyeluruh bagi menghalang demontrasi jalanan yang dirancang akan diadakan pada hari tersebut (diharap anggota skuad JOH FC tidak terlibat dalam aktiviti tidak berfaedah ini).

Sebaik sahaja tiba di venue perlawanan, hanya kelihatan kelibat beberapa pemain sahaja yang telah pun tiba lebih awal dimana ketua pasukan, Puyah, Kojax, Ahmad Nuri, Mamat UIA dan pertahanan import, Ajax sedang menanti ketibaan pemain-pemain lain di pintu masuk INTAN.

Selepas itu, kelibat bekas penyerang JOH era 1990-an, Madi muncul bersama keluarga dan rakan sekerjanya di Penjara Sg.Buloh. Cikgu Jimi yang baru melangsungkan perkahwinan juga tiba bersama anak muridnya yang masih belajar di tingkatan tiga. Pemain sayap lincah, Mat Roji tiba selepas itu bersama isteri kesayangannya dan juga penjaga gol utama JOH FC, Bujal dan Mani juga tiba bersama rakannya dengan menaiki perodua kancil.

Perlawanan yang sepatutnya bermula pada pukul 5.30 petang tidak dapat dilangsungkan tepat pada masanya kerana JOH FC masih kekurangan pemain. Selain itu, jersi merah hitam kebanggaan JOH FC juga belum tiba kerana pengurus JOH FC, Saudara Ijai@Idi yang bertanggungjawab terhadap jersi tersebut masih dalam perjalanan ke venue perlawanan selepas dia dan keluarganya perlu menghadiri majlis kenduri kahwin terlebih dahulu sebelum kembali memecut Honda Civic EKnya ke Bukit Kiara.

Kelibat jurulatih disegani, Saudara Wayie juga belum kelihatan kerana seperti biasa, dia dan pengurus JOH FC akan berkongsi kereta untuk ke setiap venue perlawanan kerana pada waktu itulah mereka akan merangka dan membincangkan strategi terbaik yang akan digunapakai dalam perlawanan yang bakal berlangsung. Kesempatan tersebut juga digunakan mereka untuk membincangkan aktiviti2 lain seperti memancing, balik kampung, tengok Kelantan main bola, makan sate dan sebagainya.

Penasihat JOH FC yang juga penaja jersi baru, Saudara Yusoff juga tidak dapat menghadirkan diri pada petang tersebut kerana terpaksa pulang ke Pulau Pinang untuk menunaikan tanggungjawabnya sebagai seorang suami dan untuk melepaskan rindu kepada keluarganya yang berada di sana.

Beberapa tonggak utama JOH FC seperti penyerang veteran, Che Din, pertahanan yang juga veteran, Pok Ha dan Bob juga tidak dapat hadir kerana terpaksa memberikan komitmen kepada pekerjaan masing2. Begitu juga dengan beberapa pemain import yang sering beraksi bersama JOH FC.

Faktor2 di atas sedikit sebanyak telah melunturkan semangat anggota skuad yang berada di venue perlawanan. Masing2 mula memikirkan strategi terbaik untuk beraksi dengan kekuatan yang sedikit berkurangan berbanding sebelumnya dan juga tanpa kehadiran penasihat, pengurus, jurulatih dan tukang membuat air.

Perlawanan pada petang itu juga mencatat sejarah tersendiri kerana untuk pertama kalinya JOH FC memulakan perlawanan dengan hanya memakai jersi bola jaring dan seluar pendek ketat berwarna hijau yang dipinjamkan oleh rakan Mani, yang turut bermain untuk JOH FC pada petang itu. Cuba bayangkan bagaimana rupa pemain2 JOH FC apabila memakai baju bola jaring dan berseluar pendek ketat berwarna hijau (adakah seperti zaman Tok We Iso dan Roslan Mak Do Che Yoh bermain bola dahulu?).

Bagaimanpun, pemain2 JOH FC melupakan perkara tersebut dan bersedia untuk masuk ke padang untuk memulakan perlawanan. Penyerang JOH FC, Ahmad Nuri meminta pengadil mengadakan perlawanan sebanyak tiga pusingan dan pengadil serta pemain2 INTAN bersetuju dengan cadangan tersebut. Kesebelasan utama yang diturunkan oleh JOH FC pada petang itu terdiri daripada Bujal di posisi penjaga gol, ketua pasukan, Puyah memimpin barisan pertahanan dan dibantu oleh Kojax, Ajax dan Jimi. Barisan tengah dikemudi oleh Madi, Limi, anak murid Jimi, Mani dan Mat Roji manakala supersub, Ahmad Nuri memikul tugas berat sebagai penyerang tunggal.

Perlawanan bermula dan lebih banyak dikuasai oleh pasukan lawan pada minit2 awal permainan dan selepas itu barulah pemain2 JOH FC mula menyerap asakan dan melancarkan gerakan2 merbahaya melalui larian solo kencang Mat Roji dan gerakan2 menggelirukan dari Madi, namun gagal menemui sasaran. Pasukan lawan juga melancarkan beberapa gerakan menarik ke kubu JOH FC namun bijak dipatahkan oleh Puyah dan rakan2nya serta dibantu oleh kehebatan penjaga gol, Bujal. JOH FC memecah kebuntuan pada petang itu apabila menjaringkan gol pembukaan ketika permainan separuh masa pertama hampir tamat. Gol tersebut berpunca dari gerakan Limi dari tengah padang yang membuat hantaran kepada Mani. Mani yang melihat Ahmad Nuri tidak dikawal terus melakukan lorongan cantik kepada Ahmad Nuri. Ahmad Nuri tidak menunggu masa yang lama untuk melakukan percubaan ke arah pintu gol lawan namun sepakannya berjaya ditepis oleh penjaga gol veteran INTAN. Selepas itu berlaku kekalutan di hadapan pintu gol lawan. Penjaga gol mereka yang cuba menyepak bola keluar dari kawasan merbahaya akhirnya mendapati bola yang ditendangnya itu terkena belakang Ahmad Nuri yang ketika itu cuba menghuru-harakan benteng pertahanan lawan dan terus menerjah ke gawang sendiri. Gol tersebut juga merupakan gol pertama jaringan Ahmad Nuri pada tahun 2008 dan juga gol keduanya bersama JOH FC sejak tahun 2006.

Pemain2 INTAn dan penyokong2 yang seramai 15 000 orang itu tergamam seketika dengan gol tersebut. Pemain2 JOH FC pula semakin bersemangat dan kembali yakin untuk terus bertahan menyerap asakan pihak lawan. Selepas itu, pengadil perlawanan meniupkan wiswl penamat separuh masa pertama dan pemain2 JOH FC melangkah ke tepi padang untuk menikmati air mineral (sebelum ini mereka dibekalkan dengan air 100 plus).

Pada waktu rehat, kelibat pengurus dan jurulatih JOH FC muncul dan membawa bersama jersi kebanggaan skuad JOH FC serta anak saudara jurulatih yang seringkali ada ketika JOH FC beraksi. Pemain2 diarahkan untuk menukar jersi bola jaring tersebut dan kembali menyarung jersi merah hitam JOH FC.....


Tamat PART 1...

Untuk rangkuman part 11 dan seterusnya, saya minta pengulas tetap yang juga penyerang berbisa JOH FC, Saudara Ahmad Nuri kembali membuat ulasannya..saya juga berharap Ahmad Nuri akan terus melaporkan perkembangan2 yang berlaku dalam perlawanan2 selepas ini walaupun JOH FC mengalami kekalahan dalam perlawanan tersebut..jangan patah semangat..



laporan..LIMI

*bekas pemain JOH pada awal 1990an bersama Madi, Yusoff, Puyah
*bekas pemain 7 sebelah JOH merebut piala kambing di merata-rata tempat
*bekas anggota pasukan COH Kg. Kubang Belut yang menjuarai Sukan Rakyat sempena Hari Sukan Tahunan Sek. Keb. Sg. Bagan pada 1992 (turut dianggotai oleh Madi, Yusoff, Dira, Saidi Black & Alwi)

No comments: