Tuesday, August 25, 2009

Ayam Goreng Berempah

Ayam Goreng Berempah

Bahan-Bahan:

1 ekor ayam dibersihkan dan dipotong-potong
2 biji bawang besar, dihiris
147 ml tairu
2 camca sedang tomato puri
147 ml susu pekat
Minyak sapi untuk menumis
Garam secukupnya

Bahan-bahan giling:
2 camca teh garam masala
2 camca teh ketumbar

2.5 sm halia
1 camca teh serbuk cili
1 camca teh serbuk jintan manis
4 ulas bawang putih
3 biji pelaga
3 biji lada hitam

Cara:

Panaskan minyak sapi. Tumis bawang besar hingga wangi. Masukkan bahan-bahan giling kacau hingga garing. masukkan susu pekat tairu, tomato puri, garam dan ayam. Gaul rata


Inilah dia resepi istimewa saudara wayie untuk hidangan majlis berbuka puasa JFC. Juadah-juadah lain adalah tertakluk kepada sumber kewangan dan masa saudara wayie.

Patik mencadangkan, bagi mempelbagaikan juadah pada hari tersebut, mereka-mereka atau isteri mereka yang berkebolehan dalam masak-memasak ini memasak special food masing-masing dan membawanya ke majlis tersebut untuk dikongsi bersama-potluck style la...


Masa, tempat dan bayaran masih belum ditetapkan lagi...cadangan daripada semua amatlah dialu-alukan....



2 comments:

wayie said...

molekla nk wat buke posa gak 5hb..nie,umah kawe deh..

wayie said...

slmt bposa!!!