Sunday, August 9, 2009

JFC Vs SPAN FC

[JFC]
Vs

[SPAN FC]


Bandar Baru Salak Tinggi 8 Ogos 2009, JFC 3 - SPAN FC 0-Setelah berehat kira-kira 10 bulan pasukan JFC kembali beraksi. Pasukan yang ditentang oleh JFC kali ini merupakan pasukan SPAN FC.

Keputusan perlawanan ini agak memberangsangkan dengan JFC 3 SPAN FC 0. Gol-gol dijaringkan oleh roji (1st half), che din dan panjang (3rd half). Walabagaimanapun secara keseluruhan prestasi pasukan JFC kali ini agak merosot. Walaupun kerap menyerang namun barisan hadapan tidak dapat memanfaatkan banyak peluang terhidang. Ini mungkin disebabkan JFC telah lama tidak beraksi.



Daripada pemerhatian, rata-rata pemain masih mempunyai skil dan stamina. Diharapkan perlawanan-perlawanan seterusnya semua pemain dapat menunjukan prestasi sebenar masing-masing.






[sesi memanaskan badan]

Pada perlawanan ini juga JFC telah mengumumkan beberapa pemain baru bagi menggantikan beberapa tonggak utama yang telah berpindak ke pasukan Nadira FC. Mereka yang dimaksudkan antaranya adalah Zainal bagi menggantikan Bob, Panjang bagi menggantikan Mani. Selain itu beberpa pemain tambahan telah diambil untuk memperkuatkan JFC. Meraka adalah Iwe dan Mr X (adik cikgu Jimi).




Mengikut perancangan pengurus JFC beberapa siri perlawanan telah diatur. Perlawanan yang paling hampir adalah menentang musuh tradisi JFC iaitu NADIRA FC (Formerly Known as Joh United). Perlawanan ini dijadualkan diadakan pada hari raya ke 4. Diharapkan semua pemain bersedia menghadapi perlawanan ini bagi menebus kekalahan pada perlawanan sama tahun lalu. Antara pasukan lain yang akan ditentang adalah Pasukan KPKT FC, ANAKEN FC, DUMEX FC dan INTAN FC.






Untuk makluman beberapa pemain JFC tidak dapat hadir pada perlawanan kali ini. Antaranya saudara Nuyi (diberitakan kurang sihat) dan Kojek (masih diselubungi kecederaan).


Saya percaya jika semua pemain JFC memberikan komitmen 100% setiap kali perlawanan JFC mampu kembali menjadi pasukan yang disegani oleh lawan atau kawan.


P/S : Untuk perlawanan akan datang kutipan wang RM 10.00 seorang dikenakan bagi menampung kos bayaran sewa padang dan pengadil. Kerjasama semua pemain JFC dalam hal ini amatlah dihargai dan bagi memastikan kesinambungan pasukan ini

from the desk of me [9/8/09]









































3 comments:

Nuyi said...

Syabas & tahniah atas kemenangan pada game ini yang pada saya merupakan satu suntikan semangat moral yang tinggi bagi mengekalkan kegemilangan JFC.
Sebelum ini ramai yang bertanya pada saya adakah JFC sudah atau bakal terkubur?
Namun game ini membuktikan bahawa kita masih optimis utk mengekalkan pasukan walaupun berhadapan dengan penuh dugaan.
Sekalung tahniah kepada pemain-pemain yang hadir begitu juga ucapan terima kasih tidak terhingga kepada pemain2 jemputan.

InsyaAllah, seterusnya kita akan plan banyak lagi game disamping aktiviti riadah kekeluargaan dengan tujuan dan matlamat asal penubuhan kelab ini..Walau dimana sahaja kita berada..Talian persaudaraan warga Joh tetap dipersada.

BAKA IPK KL said...

training tak turun
pastu nak main
nak menang gano....

wayie said...

salam...5hb nie..kito wat buko posa,lagumano bereh ko blako?apo2 hal sila hubungi sy d no 0172420205..tq..