Thursday, October 9, 2008

Wake Up Players!!!!!!!!!!!!!!!!

Sedikit sorotan berkenaan 3 perlawanan terakhir yang dilalui...dan 3 kekalahan juga yang diterima...

1) VS Intan - Loss 2-3
2) Vs Dumex - Loss 2-3
3) Vs Kubang Belut.Com - Loss 1-3

Kekalahan di atas bukanlah masalah besar yang perlu dirisaukan...
Semua pemain pasti bangkit kembali.

Secara ringkas rangkuman perlawanan persahabatan sempena cuti Hari raya menentang pasukan KubangBelut. Com dibawah kendalian pemain veteran tidak asing lagi iaitu Hise Stopa.

Tarikh : 3/10/08 (Raya ke -3 )
Venue : Padang, Sek. Keb. Sungai Bagan
Barisan pemain JFC : Jeri (GK), Mamat-Joe-Pokya-Kojax(D),Jeli-Wayi-Roji-CheDin (M), Mat Nughi-Pokli Bakar (S)
Reserve : Cikgu Jimi dan Pokha

Melihat kepada line up diatas umum mengetahui ianya bukanlah barisan terkuat JFC yang sebenar. Dengan ketiadaan Mahadi Harun, Puyas, Limi Pakda Isa, Mani, Bokk Jahar dan lain-lain sedikit merencatkan rentak permainan.

Terima kasih diucapkan kepada Jeli, Pokli, Joe dan Pokya yg sudi dan buat pertama kali digandingkan dengan para pemain tetap JFC yang berpengkalan di Klang Valley.
Kesungguhan dan sumbangan mereka amatlah dihargai.

Kita tewas akibat 2 faktor sahaja..Kurang stamina dan tidak dapat menandingi kepantasan pemain-pemain muda KB.com.

Walaupun penguasaan bola agak seimbang, namun KB.com lebih bernasib baik dengan mengambil peluang di atas keadaan kucar kacir di dalam kawasan kita dengan meledakkan 3 gol.
Kredit kepada bintang veteran kita, Che Din yang melakukan gol cantik dengan rembatan padu hasil lorongan Mat Roji.

Permainan berkesudahan dengan keputusan 3-1 berpihak kepada tuan rumah.

Saya sempat berbisik kepada saudara Hise Stopa..ini bukan team terbaik kami..dan dia mengakuinya...dan saya minta repeat balik game ini..Insyaalah jika berkesempatan kita akan merancang satu lagi perlawanan menentang KB.com pada cutihari raya Haji atau Tahun Baru Cina yang akan datang. Dan mereka sentiasa bersedia menunggu pulang dan menyahut cabaran kita..

Apapun, tahniah dan syabas kepada Hise Stopa, Hise Tokwan Iso, Gedek, Raja Din, Dira, Pokyi Taib, Nuar Bakar dan lain-lain yang berjaya mengasah bakat pemain-pemain muda yang mana saya lihat amat berbakat besar dalam bolasepak. Pembangunan bolasepak di Joh mesti diteruskan supaya kita tidak akan ketinggalan dalam melahirkan pemain-pemain bintang baru menggantikan 'bekas-bekas' lagenda bolasepak Kampung Joh.

Pasukan KB.Com yang dikepalai Ise Tokwan Iso, Pokyi Taib,Raja Din dan Gedek tampak serasi dengan pemain-pemain muda. Gandingan mereka amat mantap. Tidak mustahil mereka berpeluang cerah untuk memenangi sebarang kejohanan domestik sekiranya disertai. Selamat berjaya pada KB.Com

Akhir kata saya menyeru kepada presiden kita, saudara izaidi dan pengurus kita saudara Wayi merancang dan mengadakan beberapa siri perlawanan bolasepak tidak kira padang atau futsal selepas ini. Pemain JFC mesti bangkit kembali di atas rentetan kekalahan lalu...

Selamat Hari Raya Aidil Fitri

Rasanya masih belum terlewat untuk saya mengucapkan 'SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN' kepada semua pemain dan keluarga JFC...

'Dalam kelembutan Lidah dan Bicara Ada Juga Ketelanjuran Kata, Dalam Persaudaraan Kita, Tentu ada Khilaf Dan Dosa. Kerana Kita hanya hamba bisa yang pasti serba kekurangan...Marilah Kita Bermaaf maafan sempena lebaran yang mulia.....'

Sunday, September 7, 2008

Selamat Berpuasa

Selamat berpuasa untuk geng Joh FC. Weii tak sabar nak balik raya....

Thursday, August 7, 2008

Kapten JFC menghidapi penyakit misteri

Pada 3/8/2008 yang lalu kapten JFC, Puyah, telah dimasukkan ke hospital PUSRAWI jalan Tun Razak kerana mengalami sakit perut yang kronik. Beliau sejak drp hari itu telah ditahan di wad utk pemeriksaan lanjut.

Walaubagaimanapun sehingga 6/8/2008 sepasukan doktor pakar yg ditugaskan merawat beliau masih belum dapat mengenalpasti penyakit yg dihidapi beliau.

kepada sesiapa yg ingin melawat beliau boleh berbuat demikian pada bila - bila masa di tkt 5, wad 1, bilik 4.
semoga beliau cepat sembuh.

Wednesday, July 30, 2008

Pengumuman

Game seterusnya akan di adakan pada 2.8.08 di padang MP Nilai - Team Lawan Dumex Senior.
Kick off 4.45 pm. sila datang awal.tq

Saturday, July 19, 2008

Next Stop, Putrajaya!

Next Game dijadualkan pada 02.08.2008. Padang di Putrajaya. Masa - malam. harap semua dapat meluangkan masa memandangkan game dijangkakan akan diadakan pada waktu malam.

Thursday, July 17, 2008

Rangkuman Perlawanan Di Antara JOH FC vs INTAN (Part 1)

REKOD BERSIH DARI KEKALAHAN AKHIRNYA LEBUR

Rekod 18 perlawanan tanpa kalah yang dipegang JOH FC sejak 2006 akhirnya lebur pada sabtu lalu (12/07/08) selepas JOH FC tewas 2-4 kepada INTAN FC dalam perlawanan yang berlangsung di gelanggang tuan rumah, Stadium INTAN, Bukit Kiara (kawasan orang2 kaya).

Perlawanan yang sepatutnya menjadi medan (bukan Medan MARA) terbaik untuk JOH FC meneruskan kecemerlangan mereka seperti yang telah dipamerkan dalam perlawanan-perlawanan sebelum ini bertukar menjadi sesuatu yang ingin dilupakan dengan segera oleh semua anggota skuad JOH FC termasuk pihak pengurusan, jurulatih, para pemain, tukang urut dan juga tukang pembancuh minuman.

Bayangan awal sesuatu yang tidak menggembirakan bakal berlaku telah kelihatan sejak dari awal. Perjalanan ke venue perlawanan yang sepatutnya hanya mengambil masa sekitar 45 minit perjalanan dari Nilai (rumah Limi dan Pok Ha) dan 30 minit dari tempat tinggal pemain2 yang menetap di sekitar Kuala Lumpur menjadi sebaliknya akibat kesesakan lalulintas yang teruk di semua pintu masuk ke Kuala Lumpur selepas pihak polis mengadakan sekatan jalan raya secara menyeluruh bagi menghalang demontrasi jalanan yang dirancang akan diadakan pada hari tersebut (diharap anggota skuad JOH FC tidak terlibat dalam aktiviti tidak berfaedah ini).

Sebaik sahaja tiba di venue perlawanan, hanya kelihatan kelibat beberapa pemain sahaja yang telah pun tiba lebih awal dimana ketua pasukan, Puyah, Kojax, Ahmad Nuri, Mamat UIA dan pertahanan import, Ajax sedang menanti ketibaan pemain-pemain lain di pintu masuk INTAN.

Selepas itu, kelibat bekas penyerang JOH era 1990-an, Madi muncul bersama keluarga dan rakan sekerjanya di Penjara Sg.Buloh. Cikgu Jimi yang baru melangsungkan perkahwinan juga tiba bersama anak muridnya yang masih belajar di tingkatan tiga. Pemain sayap lincah, Mat Roji tiba selepas itu bersama isteri kesayangannya dan juga penjaga gol utama JOH FC, Bujal dan Mani juga tiba bersama rakannya dengan menaiki perodua kancil.

Perlawanan yang sepatutnya bermula pada pukul 5.30 petang tidak dapat dilangsungkan tepat pada masanya kerana JOH FC masih kekurangan pemain. Selain itu, jersi merah hitam kebanggaan JOH FC juga belum tiba kerana pengurus JOH FC, Saudara Ijai@Idi yang bertanggungjawab terhadap jersi tersebut masih dalam perjalanan ke venue perlawanan selepas dia dan keluarganya perlu menghadiri majlis kenduri kahwin terlebih dahulu sebelum kembali memecut Honda Civic EKnya ke Bukit Kiara.

Kelibat jurulatih disegani, Saudara Wayie juga belum kelihatan kerana seperti biasa, dia dan pengurus JOH FC akan berkongsi kereta untuk ke setiap venue perlawanan kerana pada waktu itulah mereka akan merangka dan membincangkan strategi terbaik yang akan digunapakai dalam perlawanan yang bakal berlangsung. Kesempatan tersebut juga digunakan mereka untuk membincangkan aktiviti2 lain seperti memancing, balik kampung, tengok Kelantan main bola, makan sate dan sebagainya.

Penasihat JOH FC yang juga penaja jersi baru, Saudara Yusoff juga tidak dapat menghadirkan diri pada petang tersebut kerana terpaksa pulang ke Pulau Pinang untuk menunaikan tanggungjawabnya sebagai seorang suami dan untuk melepaskan rindu kepada keluarganya yang berada di sana.

Beberapa tonggak utama JOH FC seperti penyerang veteran, Che Din, pertahanan yang juga veteran, Pok Ha dan Bob juga tidak dapat hadir kerana terpaksa memberikan komitmen kepada pekerjaan masing2. Begitu juga dengan beberapa pemain import yang sering beraksi bersama JOH FC.

Faktor2 di atas sedikit sebanyak telah melunturkan semangat anggota skuad yang berada di venue perlawanan. Masing2 mula memikirkan strategi terbaik untuk beraksi dengan kekuatan yang sedikit berkurangan berbanding sebelumnya dan juga tanpa kehadiran penasihat, pengurus, jurulatih dan tukang membuat air.

Perlawanan pada petang itu juga mencatat sejarah tersendiri kerana untuk pertama kalinya JOH FC memulakan perlawanan dengan hanya memakai jersi bola jaring dan seluar pendek ketat berwarna hijau yang dipinjamkan oleh rakan Mani, yang turut bermain untuk JOH FC pada petang itu. Cuba bayangkan bagaimana rupa pemain2 JOH FC apabila memakai baju bola jaring dan berseluar pendek ketat berwarna hijau (adakah seperti zaman Tok We Iso dan Roslan Mak Do Che Yoh bermain bola dahulu?).

Bagaimanpun, pemain2 JOH FC melupakan perkara tersebut dan bersedia untuk masuk ke padang untuk memulakan perlawanan. Penyerang JOH FC, Ahmad Nuri meminta pengadil mengadakan perlawanan sebanyak tiga pusingan dan pengadil serta pemain2 INTAN bersetuju dengan cadangan tersebut. Kesebelasan utama yang diturunkan oleh JOH FC pada petang itu terdiri daripada Bujal di posisi penjaga gol, ketua pasukan, Puyah memimpin barisan pertahanan dan dibantu oleh Kojax, Ajax dan Jimi. Barisan tengah dikemudi oleh Madi, Limi, anak murid Jimi, Mani dan Mat Roji manakala supersub, Ahmad Nuri memikul tugas berat sebagai penyerang tunggal.

Perlawanan bermula dan lebih banyak dikuasai oleh pasukan lawan pada minit2 awal permainan dan selepas itu barulah pemain2 JOH FC mula menyerap asakan dan melancarkan gerakan2 merbahaya melalui larian solo kencang Mat Roji dan gerakan2 menggelirukan dari Madi, namun gagal menemui sasaran. Pasukan lawan juga melancarkan beberapa gerakan menarik ke kubu JOH FC namun bijak dipatahkan oleh Puyah dan rakan2nya serta dibantu oleh kehebatan penjaga gol, Bujal. JOH FC memecah kebuntuan pada petang itu apabila menjaringkan gol pembukaan ketika permainan separuh masa pertama hampir tamat. Gol tersebut berpunca dari gerakan Limi dari tengah padang yang membuat hantaran kepada Mani. Mani yang melihat Ahmad Nuri tidak dikawal terus melakukan lorongan cantik kepada Ahmad Nuri. Ahmad Nuri tidak menunggu masa yang lama untuk melakukan percubaan ke arah pintu gol lawan namun sepakannya berjaya ditepis oleh penjaga gol veteran INTAN. Selepas itu berlaku kekalutan di hadapan pintu gol lawan. Penjaga gol mereka yang cuba menyepak bola keluar dari kawasan merbahaya akhirnya mendapati bola yang ditendangnya itu terkena belakang Ahmad Nuri yang ketika itu cuba menghuru-harakan benteng pertahanan lawan dan terus menerjah ke gawang sendiri. Gol tersebut juga merupakan gol pertama jaringan Ahmad Nuri pada tahun 2008 dan juga gol keduanya bersama JOH FC sejak tahun 2006.

Pemain2 INTAn dan penyokong2 yang seramai 15 000 orang itu tergamam seketika dengan gol tersebut. Pemain2 JOH FC pula semakin bersemangat dan kembali yakin untuk terus bertahan menyerap asakan pihak lawan. Selepas itu, pengadil perlawanan meniupkan wiswl penamat separuh masa pertama dan pemain2 JOH FC melangkah ke tepi padang untuk menikmati air mineral (sebelum ini mereka dibekalkan dengan air 100 plus).

Pada waktu rehat, kelibat pengurus dan jurulatih JOH FC muncul dan membawa bersama jersi kebanggaan skuad JOH FC serta anak saudara jurulatih yang seringkali ada ketika JOH FC beraksi. Pemain2 diarahkan untuk menukar jersi bola jaring tersebut dan kembali menyarung jersi merah hitam JOH FC.....


Tamat PART 1...

Untuk rangkuman part 11 dan seterusnya, saya minta pengulas tetap yang juga penyerang berbisa JOH FC, Saudara Ahmad Nuri kembali membuat ulasannya..saya juga berharap Ahmad Nuri akan terus melaporkan perkembangan2 yang berlaku dalam perlawanan2 selepas ini walaupun JOH FC mengalami kekalahan dalam perlawanan tersebut..jangan patah semangat..



laporan..LIMI

*bekas pemain JOH pada awal 1990an bersama Madi, Yusoff, Puyah
*bekas pemain 7 sebelah JOH merebut piala kambing di merata-rata tempat
*bekas anggota pasukan COH Kg. Kubang Belut yang menjuarai Sukan Rakyat sempena Hari Sukan Tahunan Sek. Keb. Sg. Bagan pada 1992 (turut dianggotai oleh Madi, Yusoff, Dira, Saidi Black & Alwi)

Sunday, July 13, 2008

Keputusan Perlawanan JFC vs INTAN

JFC (2) VS INTAN (4)





Ini merupakan kekalahan pertama JFC pada musim 2008 ini, setelah mengharungi 18 perlawanan tanpa kalah. Walaupun pahit namun itu lumrah dan adat permainan.



Walaubagaimanapun setinggi - tinggi tahniah diucapkan kepada semua pemain yang hadir dan telah bermain bersungguh - sungguh dalam perlawanan tersebut demi Maruah Kg. Joh.



Untuk analisis dan ulasan perlawanan yang lengkap sama - sama kita nantikan coretan dari pengulas kita saudara Nuri.

Thursday, July 10, 2008

Peta Lokasi Ke Intan Bukit Kiara


Untuk makluman semua player JFC pasukan yang bakal di tentang pada hari sabtu ini pernah memenagi tempat ke 3 dalam perlawanan bola sepak antara jabatan dalam JPA. Ghasonyo team ni bukan calang - calang, oleh tu semua player keno pastikan stamina ditahap terbaik dan jangan OVER confident. Paling penting KEHADIRAN semua pemain supaya percaturan jurulatih dari segi taktikal dapat dilaksanakan.

Wednesday, July 9, 2008

Preview Match : JFC vs Intan (12-07-2008)




Tarikh : 12-07-2008 (Sabtu)
Venue : Padang Intan, Bukit Kiara
Time : 4:30pm

Perlawanan seterusnya yang bakal menguji kekuatan sebenar JFC. Inilah masanya JFC mesti menghapuskan badi seri sejak 2 perlawanan terdahulu. Dengan berbekalkan semangat dan disiplin yang tinggi ditambah semua pemain bebas dari sebarang masalah kecederaan, JFC bakal menewaskan skuad Intan dan akan mengajar para 'Government Servant' ini bagaimana hendak bermain bolasepak dengan betul.

Barisan kemungkinan JFC :
1. Bujal (GK)
2. Pok Ha (CB)
3. Jimi (RB)
4. Mamat (LB)
5. Limi (MF)
6. Bob Jahar (MF)
7. Mat Roji (W)
8. Mani (W)
9. Safura (F)
10. Mahadi Harun (F)
11. Che Din (F)

Formasi bakal digunakan : 3-4-3

Senarai Pemain Simpanan
1.Kojax (D)
2.Mat Yie (W)
3. Nuri (F)
4. Abe (D)
5. Botox (M)
6. Selan Maka (M)
7. Izat (D)

Selamat Berjuang Hingga Ke Titisan Darah Yang Terakhir Wahai Wira-Wira JFC!!!

Tuesday, July 8, 2008

Pembetulan tarikh next game


Untuk makluman semua tarikh next game yang dicadangkan adalah pada 12/7/08 dan bukan 12/6/08 spt yg dimaklumkan sblm ini (thanks to nuri). Maklumat lanjut akan dimaklumkan kemudian.


Sunday, July 6, 2008

Next Game

Untuk makluman semua game seterusnya adalah pada 12.6.08. Semua player diminta bersedia.
Maklumat lanjut akan dimaklumkan kemudian.

Thursday, July 3, 2008

Yuran Dan Sumbangan Bagi Memperkasakan JFC

Salam kepada semua pemain, pengurusan dan warga JFC.

Setelah diadakan perbincangan antara Presiden (Izaidi), Penasihat (Yusof), Pengurus (Wayi) dan beberapa wakil pemain, keputusan telah dibuat sebulat suara bagi aktifkan semula kutipan yuran sebagaimana pernah diamalkan sebelum ini.

Sumbangan yuran ini kami fikirkan perlu untuk kita menambahbaikan skuad JFC serta menjadikan dana terkumpul untuk memudahkan sebarang program yang dianjurkan JFC, dan semestinya tidak tertumpu kepada acara bolasepak sahaja.

Sebagaimana semua maklum, setiap perlawanan yang dilalui selama ini, pihak pengurusan terutama Tuan Presiden kita, Saudara Izaidi dengan rela hati menyumbangkan bayaran kos sewa padang + khidmat referee yang jumlahnya boleh dianggarkan sebanyak RM150 - RM 300 setiap game. Bayangkan kalau setiap bulan sekurangnya diadakan 2 game, beliau telah mengeluarkan wang sebanyak RM300-600. Ini tidak termasuk game - game yang lepas.Silalah Tuan-tuan kira kalaulah game yang telah diadakan sebelum ini dah menjangkau 10, 15,20 game? Berapakah jumlah yang keluar dari poket Presiden?

Kita sebagai warga JFC amatlah menghargai pengorbanan Tuan Presiden. Namun, dalam keadaan ekonomi negara semasa yang tidak menentu, kita kena faham Tuan Presiden juga macam kita. Beliau juga merasa tempiasnya.

Bagi memendekkan cerita, saya usulkan disini, setiap pemain JFC disarankan wajib membuat sedikit sumbangan pada hari perlawanan. Sekiranya jumlah kutipan adalah lebih dan berbaki, pihak pengurusan akan melantik seorang Bendahari merangkap pemegang akaun dan kira-kira JFC. Beliau diamanahkan menjaga kewangan dan dana yang ada. Disyorkan beliau menulis sedikit laporan ringkas mengenai status kewangan JFC dan diwarwarkan pada semua warga JFC setiap bulan.

Inilah masanya kita membuat satu mekanisme yang praktikal bagi memuaskan hati semua. Kita ambil contoh persatuan sukan, kelab-kelab bolasepak seperti kita yang lain juga mengamalkan pengurusan kewangan seperti ini. Yuran adalah menjadi satu kemestian selagi nilai yang dituntut tidak membebankan ahli. Dan yuran jugalah yang akan membuat sesebuah organisasi sentiasa proaktif.

Nilai dan amaun kutipan masih belum diputuskan. Kami membuka dengan penuh hormat cadangan dan komen dari warga JFC mengenai usul ini.

Sekian, terima kasih.

Monday, June 30, 2008

JFC seri lagi.................

VS
VENUE : PADANG MAJLIS PERBANDARAN NILAI
TARIKH : 28/06/2008
KEPUTUSAN : DUMEX FC 3
JFC 3

Bandar Baru Nilai, 28/6/08,
Tatkala semua orang heboh memperkatakan mengenai kenaikan harga petrol yang mendadak yang menjuruskan cara hidup berjimat cermat, namun ianya bukan alasan bagi skuad dan warga JFC mengharungi perjalanan sejauh lebih 100 km merentasi sempadan negeri Selangor - Negeri Sembilan untuk sampai ke Bandar Baru Nilai.
Nilai, sebuah bandar sederhana dalam daerah Negeri Sembilan yang mana merupakan sebuah bandar yang dikenali ramai sebagai syurga membeli belah di Pantai Barat Semenanjung Malaysia. Disinilah bakal menyaksikan kehebatan dan permainan bolasepak sebenar bakal dipersembahkan oleh skuad JFC.
Seperti biasa, tahap disiplin dan komitmen unggul pemain2 JFC terserlah lagi dengan hampir semua pemain bersama keluarga masing2 dan pegawai2 sampai ke venue perlawanan seawal jam 5 petang.
Syabas dan tahniah diucapkan kepada Pemangku Presiden JFC saudara Izaidi, Pengurus dihormati Sdr Wayie yang sekali lagi bertungkus lumus mengatur siri perlawanan persahabatan dengan objektif untuk merapatkan lagi silaturahhim antara warga JFC dengan pihak luar mahupun antara pemain dan warga JFC sendiri.

Kehadiran Penasihat JFC, Saudara Mohd Yusof kali ini memberi semangat kepada skuad JFC yang bakal memberikan persembahan mantap dan terbaik. Sekalung tahniah kepada beliau yang sudi meluangkan masa hadir walaupun sibuk dengan urusan perniagaan untuk memberikan semangat waluapun hanya berada di luar padang. Bekas pemain tengah hebat pernah Joh lahirkan ini khabarnya sudah tidak sedia untuk bermain lagi dek faktor usia dan komitmen lain. Namun, JFC amat memerlukan sokongan moral dan kerjasama lain dari beliau. Sumbangan t-shirt berjenama adidas sebagai pakaian rasmi 'training session' membuktikan beliau begitu sayangkan skuad JFC.

Permainan dimulakan tepat jam 5:30 ptg dengan pasukan tuan rumah Dumex fc memulakan sepak mula. Permainan pada mulanya berlangsung agak hambar dengan bola banyak berlegar-legar di tengah padang. Memasuki minit ke-15, barulah permainan menjadi sedikit rancak dimana skuad JFC banyak menguasai bahagian tengah yang diterajui oleh Limi dan Bob. JFC kerapkali melakukan asakan ke kubu Dumex dengan sesekali Dumex Fc membuat serangan balas namun berjaya dipatahkan oleh Abe A. Mat Roji menjadi tumpuan dimana hantaran bola banyak dituju kepada beliau yang beraksi baik di sebelah sayap kanan dan disokong oleh Mamat. Larian pantas mengelirukan dari Roji membawa masuk bola ke dalan kawasan penalti namun ketumpulan jentera serangan menyebabkan peluang yang terhidang rugi begitu sahaja. Hanya pada min ke-26, JFC hampir mendapat gol pendahuluan apabila Safura yang mendapat hantaran dari tengah berjaya mengelecek 2 pemain Dumex namun percubaan leretnya sempat ditepis keluar oleh penjaga gol Dumex. Begitu juga dengan percubaan Limi dari jarak 35 meter mudah didakap kemas oleh penjaga gol Dumex fc. Selang beberapa minit kemudian, berpunca dari gerakan satu dua Safura dan Roji, Safura membawa masuk bola ke dalam kotak penalti, melorongkan ke bahagian tengah, namun Botox sedikit terlambat untuk menyudahkannnya. Bermula dari sinilah Dumex fc mula mencipta beberapa gerakan2 merbahaya ke kubu JFC. Abe A (Bukan nama sebenar) yang beraksi sebangai last man diasak hebat.Mamat dan Jimie diasak dari gerakan kiri dan kanan Dumex dimana hampir keseluruhan jentera tengah dikuasai Dumex. Hasilnya, berpunca dari kawalan tengah yang longgar, pemain tengah Dumex berjersi no.7, melakuakan satu rembatan dari jarak 35 meter, menerjah dipenjuru kanan gol JFC tanpa Bujal sempat berbuat apa-apa. Gol tersebut ternyata memberi tekanan kepada JFC dan dapat disaksikan pengurus (Wayie) sering memberi berteriak dari luar padang memberi arahan tektikal. Tampak sedikit emosional pengurus kita kali ini. Ada masalah peribadi barangkali (Khabarnya ada krisis serius dengan awek, saya akan siasat perkara sebenar). Pokha bermain di bahagian tengah bertukar posisi dengan Bob. Ianya menampakan sedikit kelainan dimana gol yang dicari berjaya dihasilkan melalui gerakan solo Safura yang berjaya melepasi perangkap off-side terus merembat deras menewaskan penjaga gol Dumex.

Separuh masa pertama permainan tamat dengan keputusan 1-1.

Memasuki separuh masa kedua, JFC membuat 3 pertukaran dengan memasukkan Kojax, Mat Yie dan Nuri. Mani, Limi dan Mamat direhatkan. Perubahan posisi dan taktikal dilakukan terutama di bahagian tengah dan serangan. Dumex fc juga dilihat sering membuat pertukaran pemain. Sekali lagi bahagian tengah dijana baik oleh Dumex Fc dengan serangan-serangan berbahaya kerapkali mengancam kubu JFC. Pemain sayap mereka dilihat mudah melepasi kawalan Kojax dan sering membuat hantaran lintang ke kawasan gol JFC. Kojax yang masih belum cergas sepenuhnya diasak hebat oleh pemain sayap Dumex. Pada minit ke 52, hasil dari asakan dari bahagian kanan, lorongan bola dari pemain sayap Dumex disudahkan dengan dengan satu rembetan deras menewaskan Bujal. Namun pemain JFC tidak berputus asa dan seringkali melakukan serangan balas melalui gandingan Nuri dan Safura. Memasuki minit ke 60 berpunca dari hantaran Roji, Safura membawa masuk bola kekubu Dumex namun dibentes keras di hadapan kotak penalti. Sedikit kontervesi berlaku pabila penjaga garisan dan pengadil tidak memberikan penalti dan keputusan pengadil mengalihkan bola jauh dari kawasan sebenarnya cukup menjadi tanda tanya. Safura yang memprotes tindakan pengadil itu lantas diberikan amaran lisan. Sepakan percuma diambil Safura hanya menerjah luar jaring Dumex FC. Selepas itu JFc dan Dumex sering bebalas serangan. Roji sekali lagi bertindak baik dengan larian pantasnya sukar dihalang oleh pertahanan Dumex. Berpunca dari lorongan Nuri, Roji melarikan bola masuk ke kawasan penalti dan terus melakukan satu rembetan deras namun penjaga gol Dumex sempat melayangkan badan menepis bola keluar. Dan insiden yang berlaku selepas itu apabila Roji yang membuat larian solo disebelah kanan dibentes keras oleh 2 pemain Dumex termasuk penjaga gol mereka yang tidak semen-mena naik keatas untuk melakukan satu tackel yang keras keatas Roji. Sekali lagi keputusan kontervesi dr pengadil yang hanya melayangkan kad kuning kpd penjaga gol sedangkan saya berpendapat kad merah adalah paling layak untuk tindakan seperti itu. Roji yang kesakitan dipapah keluar. Sikap profesionalisme yang ditunjukkan oleh pemain JFc amat terserlah dengan tidak banyak memprotes keputusan pengadil yang jelas berat sebelah. Kesakitan yang dialami Roji dan moral pemain JFc yang agak down dek kecederaan Roji sedikit terubat apabila sepakan percuma dari jarak 35 meter dari Safura menerjah masuk sama sekali menewaskan penjaga gol dumex yang bertindak melayang badan dan hanya berjaya menepis angin. Gol Safura ini adalah antara gol tercantik pernah JFc cipta. Kedudukan terikat 2-2. Dumex cuba mengasak untuk mendapatkan gol pendahuluan dan usaha mereka berhasil di minit ke 82 apabila hantaran lintang dari pemain sayap mereka gagal ditangkap kemas oleh Bujal lantas dikuis masuk oleh pemain penyerang gantian mereka yang baru masuk dan tidak sampai seminit berada di dlm padang.Satu kesilapan yang tidak sepatutnya dilakukan Bujal dengan kredibiliti unggul beliau sebagai benteng terakhir JFC pilihan utama ketika ini. Ketika permainan memasuki minit2 akhir muncul Safura menjadi penyelamat maruah JFc apabila larian solonya kedlm kawasan gol dan terus melakukan satu rembatan leret deras menewaskan penjaga gol Dumex walaupun dia sebenarnya diasak hebat oleh 2 pertahanan lawan. Hatrik bagi Safura, gol penyamaan bagi JFC. Gol tersebut nyata melegakan pengurusan dan pemain JFC. Sekurang-kurangnya seri dibawa pulang, maruah masih dibela dan mengekalkan rekod tanpa kalah sejak 18 perlawanan yang telah dilalui setakat ini.

Permainan ditamatkan dengan keputusan muktamad 3 -3 .

Senarai pemain JFC :
Bujal, AbeA, Pokha, Mamat (Kojax),Jimie,Bob,Limi(Nuri),Roji,Mani(Mat Yie),Safura(c) ,Botox.

Penilaian Mata:

1) Bujal (7) Bermain baik namun melakukan kesilapan mudah, bola terlepas dari tangan
2) Abe A (7.5) Bekerja keras menahan serangan Dumex, tapi kurang bersuara
3) Pokha (7.5) Beraksi baik seperti biasa
4) Jimi (7) Beraksi baik dan larian pantas
5) Mamat (7.5) Aksi terbaik beliau setakat ini, dengan kawalan ketat menyukarkan pemain penyerang Dumex.
6)Limi (7.5) Beraksi baik dengan hantaran2 tepat
7) Bob (7) Beraksi baik namun kelihatan bersahaja mungkin kepenatan
8) Mani (7) Mula menemui permainan sebenar beliau.
9) Botox (7.5) Bijak mengawal bola dan begitu bersungguh walaupun berstatus import
10) Roji (8) Tidak dapat dinafikan lagi kehebatan beliau
11) Safura (10) Marvellous!!!!!!!
12) Mat Yie (7) Sama seperti penilaian Botox
13) Nuyi (7) beraksi baik
14) Kojax (7) Baraksi baik, cuma stamina masih lagi menjadi masalah utama baginya.Jika lebih stamina, saya percaya,banyak lagi yang mampu disumbangkannya.

Man Of The Match was Safurazuraidi a.k.a Puyah

Ulasan Tambahan :
  1. Persembahan luar biasa dr Kapten JFc iaitu Saudara Safurazuraidi a.k.a Puyah. Pengalaman beliau beraksi dengan pelbagai team dan pernah memasuki kancah Liga KL dan sebagainya membuktikan bahawa beliau adalah pemain terhebat pernah JFC lahirkan. Pengalaman dan kudrat beliau amat diperlukan skuad JFC untuk perlawanan seterusnya.
  2. Sekalung pujian kepada Mat Roji. Sebelum perlawanan dimulakan dia ada memberitahu saya bahawa dia agak kepenatan utk beraksi setelah seharian bekerja. Namun semangat juang yg ditunjukkan dgn tidak mengendahkan kepenatan, beliau beraksi dengan amat baik seolah tiada kepenatan yang dipikul. Sehinggalah kekerasan yang dikenakan terhadapnya menamatkan sisa-sisa perjuangannya. Syabas dan tahniah kepada Mat Roji. Kami dokan agar kecederaan yang anda alami cepat sembuh.
  3. Semua pemain beraksi baik dengan baik dan bersemangat. Sebagai contoh Mamat, Kojax dan Mani yang hampir menemui rentak permainan sebenar setalah selama ini bergelut dengan masalah kecederaan dan stamina.
  4. Perlawanan seterusnya bakal menyaksikan mutu permainan terhebat dari skuad JFC. Tunggu ulasan saya untuk perlawanan akan datang.
  5. Ketiadaan perancang utama Iwar yang telah menandatangai kontrak bersama Penjara FC menampakkan sedikit kelonggaran di bahagian tengah. Begitu juga dengan ketiadaan arkitek kreatif di bhg tengah, Mahadi Harun yang tidak dapat beraksi kerana berada di kampung halaman.
  6. Penyerang veteran prolifik CHE DIN juga tidak beraksi. Bayangkan jika beliau ada, gandingannya dengan Safura saya jangka akan merobek gawang Dumex dengan jaringan yang lebih besar.




Sunday, June 22, 2008

Santai@Bagan Lalang

Pada 14 June baru - baru ni 4 family daripada skuad JFC telah berkumpul di bagan lalang utk bersantai. Selain daripada berehat dan mandi manda aktiviti BBQ ayam dan makan - makan juga diadakan.

Saturday, May 17, 2008




Sesi memanaskan badan sebelum game


Mamat in JFC Attire

Kapitan sedang memikirkan srategi yg bakal digunakan

JFC Vs Radung Fc (1-1)

Nuyi - Menunjukkan jersi baru JFC

Kojek - Man U Supporter

Bob - Defend Dept

Puyah - Kapitan

Mat Yi

Mat Roji - Keeper and winger

Mat Yi - Winger

Baha - Foward Player

Abe - Defend dept.

Gambar Player




Mani - winger

Puyah - The Team captain

Selamat Hari Guru


Kawe raso masih belum terlambat utk mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua guru - guru khasnya kepada guru - guru di sekolah sekitar machang, tempat sek - sek kito menimba ilmu. Oleh itu Selamat Hari Guru kepada guru - guru di Sek. Men. Abdul Samad, Sek. Men. Hamzah, Sek. Men. Machang, Sek. Men. sains, Sek. Keb. Sg. Bagan, Sek. Keb. Labok dan lain - lain. Juga selamat hari guru kepada player kito hok jadi cikgu - jimmi.

Wednesday, May 14, 2008

Lencana SMAS


Kawe juppo ado member upload lencana SMAS ni...
Memandangkan hampir keseluruhan pemain skuad JFC dan warga Kg. Joh umumnya pernah mendapat pendidikan dan ilmu dari sekolah ini, kawe raso amat berbangga nak letak disini.
Simpanlah ia sebagai kenangan...Kawe yakin puok demo tak tahu tohok mano doh lencana dulu.

Monday, May 12, 2008

JFC n Radong FC
Skuad foto
Skuag JFC menentang radng Fc

Rangkuman Perlawanan Persahabatan JFC vs Radong Fc on 11/05/08 RRIM Sg. Buloh

Sg. Buloh, 11-05-2008,
Setelah lebih kurang 2 minggu berehat tanpa beraksi di padang, pasukan kita meneruskan siri perlawanan persahabatan. Kali ini lawan adalah pasukan Radong FC dari Bandar Baru Sg. Buloh bertempat di Padang C, RRIM Sg. Buloh.
Masih segar dengan kemenangan membelasah pasukan KDNKL 7-3 di padang MSN 2 minggu yang lalu, seperti biasa pemain dan pengurusan kita menunjukkan semangat dan komitmen yang tinggi. Boleh dikatakan hampir 95% pemain sampai ke venue setengah jam lebih awal dari masa sepak mula. Faktor jersi adidas baru mungkin faktor utama menyemarakkan semangat pemain kita untuk beraksi kali ini. Malangnya, disiplin yang ditunjukkan oleh pasukan lawan amatlah mengecewakan. Kelewatan mereka menjadi punca perlawanan terpaksa ditangguhkan hampir 40 minit dan secara tidak lansung memendekkan masa permainan.
Tahniah kepada pengurusan terutama Sdr Izaidi dan Sdr Wayi yang bertungkus lumus mengusahakan dan menyedia sepasang jersi adidas yang memang mempunyai kelas tersendiri. Penulis yakin sesiapa yang menyarung jersi tersebut pasti bangga menjadi pemain JFC dan warga Kampung Joh.

Kita teruskan dengan ulasan perlawanan semalam.

Sepak mula dimulakan pada jam lebih kurang 4.40 ptg dengan cuaca agak panas, suhu lebih kurang 33'C. Barisan kesebelasan utama JFC diturunkan adalah Roji (GK) , Mamat, Safura (Kapten), Panjang dan Bob di bahagian pertahanan, bahagian tengah dikemudi Limi dan Mahadi, Mani dan Iiewa bertindak masing2 di bhg sayap kiri dan kanan dan jentera serangan diketuai oleh Bahar yang digandingkan dgn Nuri.Pengadil kali ini Mr. Rajan Tangaveloo meniup wisel sepak mula dengan pasukan Radong Fc memulakannya. Cuaca panas sedikit memberi kesan kepada cara permainan kita yang sinonim dengan permainan laju dan pantas. 10 minit pertama menyaksikan kita sukar menembusi pertahanan lawan diman setiap kali serangan mudah dipatahkan oleh benteng akhir Radong yang kental. Kita juga kelihatan terikut dengan cara permainan perlahan lawan dimana bola kerapkali berligar di kawasan tengah padang. Radong kerapkali lakukan serangan dari arah kanan dimana Mamat diasak bertubi tubi oleh pemain sayap lawan. Pd minit ke 20 berpunca dari gerakan tengah pihak lawan, perangkap offsaid yang dibuat oleh bentang kita gagal dan larian solo dari penyerang lawan terus masuk ke kawasan penalti dan melakukan satu rembatan leret yang agak lemah namun gagal diselamatkan oleh Roji. Saudara Mamat yang masih dibelungi masalah kecederaan, gagal memberi aksi sebenar beliau lantas minta dikeluarkan dan diganti oleh Jimi.Setelah ketinggalan, JuFC mula melancarkan serangan demi serangan dengan Limi dan Madi beraksi baik dibahgain tengah namun gandingan Bahar-Nuri-Mani tampak seakan sedikit longlai dan masih tidak serasi. Setiap kali lorongan bola mudah dkawal oleh benteng akhir Radong dan kerapkali penyerang kita terperangkap offside. Cuma beberapa percubaan jarak jauh terutama dari Nuri pada min ke 29 dan percubaan dari Mahadi dari jarak 45m sedikit tersasar dari pintu gol lawan.

Tamat separuh masa pertama dengan JUFC ketinggalan 0-1.

Separuh masa kedua, JFC membuat rombakan dgn mengeluarkan Mamat, Mani, Limi, Nuri, Bob dan Bahar dgn memasukkan Kojac, CheDin, Selan, Mat Yie dan Abe.
Tektikal permainan dirombak dengan Safura kali ini bertindak di bhg serangan membantu bahagian depan yang diketuai oleh CheDin. Berterusan demi berterusan serangan dan percubaan dilakukan kearah pintu gol lawan dan hanya berhasil pada min ke 62 apabila Iewar melakukan sepakan 'half-vooley' dari luar kotak penalti selepas berlaku kekalutan di depan pintu gol lawan. Boleh dikatakan hampir keseluruhan separuh masa ke-2 dikuasai oleh kita manakala Radong Fc sekali sekala melakukan counter attack namun mudah dinafikan oleh pertahan kita. Mat Roji dilihat sentiasa berteriak lantang memberi arahan kepada rakan sepasukan. Game tamat dgn keputusan muktamad 1-1.

Barisan Pemain JFC dengan mata penilaian :
Mat Roji (7)
Mamat (6.5)
Safura (8)
Bob (6.5)
Panjang (7)
Limi (7)
Mahadi (7.5)
Iewa(8.5)
Mani (5.5)
Bahar(5.5)
Nuri(5.5)

Subs :
Kojac (5.5)
Abe (5.5)
Mat Yie (6)
Selan(5.5)
Che Din(6.5)

Sdr Iewa , penulis pilih sebagai pemain terbaik perlawanan semalam.

Kesimpulan ringkas :
1) Tahniah diatas komitmen dan disiplin tinggi yang ditunjukkan oleh semua pemain.
2) Jersi baru memang ada kelasss.
3) Cuaca terlalu panas memberikan kesan kpd mutu permaianan team kita dan nampak ketara sekali tidak dapat memberi aksi sebenar.
4) Masa permaianan yang agak pendek dan nampak keseluruhan pemain tidak puas untuk beraksi.

Sekian.

Corespondent JFC,
Nuri

Monday, May 5, 2008

jersey baru


jersey baru puak kito - season 2008/2009 - home jersey, away jersey tgh cari sponsor - nike pulok




baju utk warm up - 2 version blue & black

Tuesday, April 29, 2008

Jersey baru

kawe dimaklumkan oleh wayie bhw jersey dgn baju kelab puok - puok kito tgh duk buat dan akan siap pada 3/4 ni. oleh itu next game ni kito buleh pakai jersey baru.

Monday, April 28, 2008

kawe baru lalu ikut cameron highland masa on the way balik ke kl dari kelate hari itu. lagu mana perkembangan projek cameron puok-puok jfc?

Tuesday, April 22, 2008

Aktif sikit belako wei!!!

mano2 ahli JOH FC hok ado email tu kalu buleh tlg publish@ghoyat...sene skit kalu ado gapo2...kalu buleh kito nok semuo terlibat dale blog ni...pakat2 contribute...pakat2 atar gapo2...biar idup skit blog kito ni...invite semuo join...





limi pak do iso
budumasam@yahoo.com

Monday, April 21, 2008

JFC....Past, Present & Future...

Saya wujudkan thread ini bagi kita membincangkan pendapat, komen dan cadangan dsbnya dari ahli2 kelab JFC mengenai pasukan yang kita sayangi ini.

JFC Trips To Cameron Highlands







Salam semua....

Indah sungguh pemandangan di Cameron Highlands.
Sangat menarik cadangan kita untuk kesana untuk menikmati keindahan alam bersama rakan2 JFC dn keluarga masing-masing.

Kita berharap cadangan kali ini akan menjadi kenyataan.
Trip yang merangkumi 3 hari 2 malam bakal dipenuhi dengan pelbagai aktiviti yang pastinya akan menjadikan ianya satu trip yang menarik dan bakal dikenang.

Antara aktiviti yang dicadangkan ialah

1) Perlawanan bolasepak antara JFC dengan pasukan Majlis Daerah Cameron Higlands pada hari pertama diikuti perlawanan bolesepak dengan pasukan Boh Plantations Bhd pada hari kedua.

2) Sukaneka keluarga

3) Lawatan ke tempat-tempat menarik di sekitar Cameron Highlands.

4) Makan malam bersama diikuti dengan persembahan pertandingan karaoke sesama ahli kelab

Oleh itu, kami meminta kerjasama semua ahli kelab JFC supaya memberikan sepenuh kerjasama supaya cadangan trip ini akan terlaksana dengan jayanya.Insyaalah.

Pihak majlis tertinggi kelab sedaya upaya akan merealisasikan cadangan ini.

Sama-sama kita nantikan.

Sunday, April 20, 2008


pernah jupo pakcik ini? kawe slalu nampok dia dkt dgn spg bkt tunku.

Saturday, April 19, 2008


gambar masa thn 2006

jersi baru

kawe dok tgh ngejah dng supplier ni. kalu hargo molek buleh pakai utk game 2/5.

next game

next game akan di adakan pd 3/5 pdg kilat. training blako tuh. hok mano stamina krg kena cari stamina.Tggu pengesahan melalui sms.
boh kito - wayie
tkg kata/pelaung kerja


jfc vs upm staff


game ni set kito. tok ingat brapo.

gambar semasa game lwn team kdn kl. mene 7-3